Langkau ke kandungan
PROGRAM

JOM NGAJI CUTI SEKOLAH

  • Isnin, 7 Dis 2026
  • 3:45 pagi – 3:45 pagi
  • Masjid Bukit Rahman Putra

Tentang program

📖 DARIPADA SKRIN KE AL-QURAN — JOM NGAJI CUTI SEKOLAH!
Bayangkan cuti sekolah kali ini, anak-anak mula membuka Al-Quran atas kehendak sendiri. Sedikit demi sedikit, mereka makin yakin membaca. Dari situlah kebiasaan mengaji boleh tumbuh dan diteruskan di rumah.
🌿 Masjid Bukit Rahman Putra mengajak anak-anak menyertai Kelas Ngaji Intensif Cuti Sekolah. Anak-anak dapat meluangkan masa dengan Al-Quran dan belajar mengaji dalam suasana santai bersama kawan-kawan.
📅 7 Disember 2026 – 1 Januari 2027 | Isnin–Jumaat
🕒 Pilihan sesi 8.00–10.00 pagi atau 6.30–8.30 malam
💰 Yuran RM20 | Daftar lebih daripada 2 orang, RM10 seorang
Ajak adik-beradik, sepupu atau kawan anak daftar bersama. Bila ada teman, lebih seronok nak datang mengaji! ✨
📲 Pilih sesi yang sesuai dan daftar hari ini!
👉 Borang Pendaftaran Kelas Mengaji Cuti Sekolah MBRP⁠
Scroll to Top